Tuesday, April 6, 2010
romantisisme jogging
jam menunjukkan pkul 6:05 petang.
sudah tiba masanya untuk aku bergegas ke tasik kejuruteraan untuk berjogging. hari panas. pancaran matahari menyilaukan mata. mataku tertancap, memejamkan mata.
sudah berbulan-bulan tidak turun berjogging. biarpun keseorangan, HP Nokia Xpress Music 5320 menjadi peneman dengan lagu-lagu seleksi sendiri. Bernyanyi sambil berjalan menuju ke destinasi yang dituju.
sampai sahaja di sana, matahari makin bengis menunjukkan kuasanya. Panas!. tidak mengapa ku teruskan jua. Mula lah, berlari sambil bernyanyi dan menikmati kecantikan alam ciptaan Illahi.
aku terperasan sesuatu!
'holly goodness, construction of the fuu site...obstructs my way to the other end', detak hatiku.
rasa girang bertukar. kecewa mengambil tempat dalam hati sambil berdecik dalam hati:
'cis, pembangunan yang UKM mahukan, sampai aku nak jogging pun terhalang....hmmm..tidak mengapalah, patah balik dan pergi hujung sana...'
kaki berpatah balik menukar arah laluan.
semasa menukar itu, aku tergamam.
seseorang yang sudah lama dikenali tetapi tidak pernah ku tahu namanya, usal sekali bertegur sapa, berselisih denganku. dia tidak bercakap apa-apa sekali lagi tetapi gerak tubuh dan lirikan matanya sambil berlalu pergi kepadaku cukup menyatakan bahawa dia kenal dan mahu bersapa dengan ku.
kenapa, sekali lagi perkara ini berlaku? kalau mahu tegur silakan. tapi siapa sepatutnya yang harus menegur dahulu, dia atau aku???
persoalan itu ku biarkan mundar mandir di pelosok otak ku. kerana, aku tahu-persoalan itu tidak akan terjawab. aku ketawa kecil. ingin sekali aku bersua dengannya.
selepas aku berlalu pulang ke za'ba, aku asyik terfikirkan insiden tadi. aku akan biarkan kejadian ini perkara yang tak akan aku lupakan sepanjang sesi ini. Romantis bukan!
p/s: reconsidering kak umi's idea to jog from kiy to za'ba..all the way down!
p/s: saja nak berkarya...'sastera citra budaya'
p/s: kalau korg rasa lain dari romantis, horror ke, thriller ke, fantasy ke, humour ke...silakan...we live in a free country where we are free to express our ideas!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jeles nya..
ReplyDelete