Friday, April 16, 2010

cerminan: mansia yang itu dan engkau yang suci...

saya bukan seorang perawi hadis...
jauh sekali seorg pengumpul al-quran...

saya hanyalah seorang hamba Allah S.W.T,
yang tidak pernah mengaku saya sempurna,

kerana saya mengaku,
2 kalimah syahadah yang terungkap,
kesaksian bahawa kesempurnaan adalah milik Allah S.W.T.

namun,
ada manusia,
yang mengaku mereke sempurna,
sampaikan,
mereka dengan senang hati tidak mahu mengaku kekhilafan mereka,

mengapakah,
bila berlaku sesuatu,
manusia tercengang-tercengang,
mengaduh domba ke sana-sini,
mengusung kisah ke hulu ke hilir,
menulis berita dalam 'buku digital',
menyatakan...
'manusia yang itu sudah melampau...manusia yang itu terlalu keji'
'manusia yang itu harus binasa...manusia yang itu jijik'
'manusia yang itu celaka...manusia yang itu bagai hantu'
'manusia itu 'membuang' ku...'

terdiam sejenak,
aku tidak mengerti,
apakah 'manusia yang itu' yang kau maksudkan...menistai dirimu...
bukan kah kau dulu yang mengaduh domba, mengusung kisah...dan menulis berita!,

wah!,
kau membuat kan kau,
disaksi suci oleh dunia,

namun,
kau 'dibuang' oleh manusia yang itu,

malah,
kau pula yang mahu marah2...dengan mengaduh domba, mengusung kisah, menulis berita,
seolah-olah kau tidak sepatutnya 'dibuang' sebegitu sahaja...

sedarlah,
sandiwara kau itu sudah basi,
jangan kau biasa menjadi hipokrit,
dengan wajahmu yang dibuat-buat suci,
secara tersiratnya,
muka mu penuh dengan daging-daging hitam,
yang kau sendiri jadikan.

sedarkah kau,
kau tidak akan selamat...
tidak mungkin hari ini...tapi mungkin esok lusa...

kerana,
Allah S.W.T melarang keras,
umat nya dalam
Surah Al-MAidah Ayat-2,
'dan janganlah kamu tolong-menolong dalam melakukan perkara-perkara dosa dan pelanggaran'

kebencian 'manusia yang itu' kepada mu kerana hiprokisi-mu,
menempatkan kau dalam keadaan,
di mana kau cuba berbuat sesuatu,
agar kau sentiasa dihulur simpati,
dikasihani, diberi pertolongan...

sedarlah, manusia yang itu sudah bosan...
bosan dengan lakonan mu,

berharaplah...kau akan selamat buat selama-lamanya,
kerana...
kata-kata nista kau di 'buku digital' itu,
merupakan cerminan diri kau yang sebenar,
dan pasti terbalas kerana sudah ku bicarakan sebentar tadi

'kesempurnaan milik Allah S.W.T'
maka balasan yang kan kau terima akan lebih 'sempurna'
sesempurna kau..yang berani mengutuk2 manusia yang itu...!'

p/s: sajak ini dibuat dan ditujukan kepada seseorg...dengan ucapan..'sedap makan kuih talam gred a nih!'

No comments:

Post a Comment