Monday, April 12, 2010

panas!

badan sakit-sakit, sengal sana-sengal sini. selongkar losyen berangin, urut perlahan-lahan pada kaki sampai meresap ke bahagian yang sakit. 'berangin'.

esok 8:30 pagi 'Ekologi Global dan Pembangunan Lestari' di Dectar. Jam sekarang menunujukkan pukul 1.41 minit pagi. hanya tinggal 4 bab sahaja yang belum dibaca. 'Lepas ni la', update blog dulu.

bilik sangat bersepah. tak macam first year dulu, rajin mengemas. mungkin sebabnya, dulu sibuk, bab-bab kemas mengemas ni tak jadi suatu prioriti. sekarang tak lagi. hujung minggu ni, nak bawa pulang benda-benda yang tak pakai dan buang mana-mana yang patut.

fail-fail dan barang-barang jaksa akan dipulangkan kepada Yati.

sengal-sengal di kaki makin lama makin menyurut...alhamdulillah.
pembacaan diteruskan, dengan harapan...'boleh jawab dengan tenang dan tenteram esok'.

p/s: jiwa kosong...hati batu...lidah kelu...buntu..memikirkan masa depan sampai benak jadi kusut..gitu ka...

1 comment:

  1. all the best utk esok...nanti jgn lupe rehat...ingat...saat2 ini akan menjadi memori yg indah di hari esok...hehe...arm doakan semoga awk sentiasa ceria d berjaya...

    ReplyDelete