Saturday, April 24, 2010

gitulah...


ok..saya sedang mengalami masalah sehingga 'i'm overly depressed'...

owh...btw..semalam pergi tonton teater Mak Yong...'SINDO' dekat panggung eksperimen ASWARA. Best sangat! It is my first time watching mak yong in live act. It is the most unforgettable experience i've ever had. The performance is superb!...walaupun tak faham beberapa bahasa yang digunakan, but then dari segi gerak tari dan lakonan, kita dapat memahaminya. Itulah seni, kita tidak dapat mengamatinya dengan mata kasar. Suka dengan lakonan yang memegang watak SINDO, emosinya yang dalam kesusahan dan kepayahan dapat membuatkan mata saya bergenang dengan air. Babak-babak melucukan yang kadangkala 'slapstik' masih ada, tetapi perkara ini yang mencuit hati saya dan penonton, tak kering gusi. Loghat kurang jelas tetapi hal ini bukan menjadi satu perkara yang memberi kerosakan kepada keseluruhan cerita kerana akur dengan kebolehan para pelakon yang bukan daripada negeri asal Mak Yong dipersembahkan.

ok..kembali kepada tema utama 'post' ini. Ya, saya memang mengalami masalah. Tetapi entah mengapa kali ini saya seakan-akan tidak boleh mengawal emosi. Mungkin disebabkan desakan keadaan. Namun, saya masih tidak suka akan perbuatan orang yang apabila kita mengalami masalah, cuba untuk menjadi 'badut', yang memperolok-olok atau membuat lawak-lawak bodoh, mahu menenangkan keadaan. Kadangkala, perkara itu tidak ada kena mengena dengan diri mereka, tetapi orang lain, mereka seolah-olah mencuba untuk mengatasi masalah yang saya hadapi.

Saya rasa pelik sebab masalah itu datang dalam diri saya dengan keadaan sekeliling, tetapi mereka mencuba seolah-olah mereka yang mengalaminya. Saya jadi rimas!

Berkenaan masalah yang dihadapi. Mungkin the problems getting severe when it is backed with exam's in a row..as i can't concentrate on what i revise. Then still, if i try to sort it out, it turns out i don't study because of so carried away, thinking and dwelling with that problem.

Entahlah, nak cerita pada orang=MALAS.
Nak menangis sebab rasa macam perlu=NOT HELPING
fikirkan pasal masalah itu jadi=TENSION

Jadi, betullah kata-kata Arif Hakimi, buat sesuatu yang u can get away with it, mesti akan lupa perkara tersebut. Terus, saya ikut benda ni. Keberkesanannya, nanti akan diceritakan sebab ini peringkat permulaan. Eh, tadi tengok movie ngan Yatt, Mun ngan Mohd Nural...ok itulah satu permulaan yang baik, sibukkan diri dengan menonton movie dengan kawan.

My problem is the complicated one but not necessarily involving you. Bila saya ada masalah, saya perlukan masa untuk berfikir sejenak dan terdiam. Bila keadaan ini berlaku, janganlah nak suruh saya buat itu, ini, jadi macam itu, jadi macam ini, pergi sana,pergi sana. Biarlah saya sendiri berusaha to overcome it...GITULAH!

p/s: dalam beberapa jam nak gi bersarapan kat SMC...so jangan tido untuk subuh and ke sana!

No comments:

Post a Comment