Monday, April 26, 2010

just another sad love song....


huhuhu...
tade pape,
tajuk ini tajuk lagu Toni Braxton.

Lagu ni memang best! suka dengan vokal dia.

Eyh berbalik ngan tujuan menulis post ini.

Hari ini adalah hari yang paling down. Sebab jawab IP tadi. Memanag susah sangat. Entah, rasa macam nak nangis pun ada. Tak tahu la camne.

Rabu=TORT!.

Kes malas nak baca. Buku pun baca ala-ala kadar jer.

Pastu merungut sorang-sorang 'tak tahu jawab la..', 'susah la..', 'soklan tah papa la..', 'tak tahu...tak pernah belajar la'...macam-macam.

Padahal 'attitude' aku macam tu. Ngada-ngada. 'Tak tahu menari disalahkan lantai yang tak rata'.

p/s: Azwan Zahadi: ...mak suruh baca kes sekarang!!!!, kang mak marah!!!
Faiz Zahadi: 'kejap...kejap...tengah update blog, lepas ni baca...sat...sat!'

p/s: perbualan di atas adalah khayalan semata-mata, dibayangkan sekiranya perkara ini berlaku di rumah!

Saturday, April 24, 2010

gitulah...


ok..saya sedang mengalami masalah sehingga 'i'm overly depressed'...

owh...btw..semalam pergi tonton teater Mak Yong...'SINDO' dekat panggung eksperimen ASWARA. Best sangat! It is my first time watching mak yong in live act. It is the most unforgettable experience i've ever had. The performance is superb!...walaupun tak faham beberapa bahasa yang digunakan, but then dari segi gerak tari dan lakonan, kita dapat memahaminya. Itulah seni, kita tidak dapat mengamatinya dengan mata kasar. Suka dengan lakonan yang memegang watak SINDO, emosinya yang dalam kesusahan dan kepayahan dapat membuatkan mata saya bergenang dengan air. Babak-babak melucukan yang kadangkala 'slapstik' masih ada, tetapi perkara ini yang mencuit hati saya dan penonton, tak kering gusi. Loghat kurang jelas tetapi hal ini bukan menjadi satu perkara yang memberi kerosakan kepada keseluruhan cerita kerana akur dengan kebolehan para pelakon yang bukan daripada negeri asal Mak Yong dipersembahkan.

ok..kembali kepada tema utama 'post' ini. Ya, saya memang mengalami masalah. Tetapi entah mengapa kali ini saya seakan-akan tidak boleh mengawal emosi. Mungkin disebabkan desakan keadaan. Namun, saya masih tidak suka akan perbuatan orang yang apabila kita mengalami masalah, cuba untuk menjadi 'badut', yang memperolok-olok atau membuat lawak-lawak bodoh, mahu menenangkan keadaan. Kadangkala, perkara itu tidak ada kena mengena dengan diri mereka, tetapi orang lain, mereka seolah-olah mencuba untuk mengatasi masalah yang saya hadapi.

Saya rasa pelik sebab masalah itu datang dalam diri saya dengan keadaan sekeliling, tetapi mereka mencuba seolah-olah mereka yang mengalaminya. Saya jadi rimas!

Berkenaan masalah yang dihadapi. Mungkin the problems getting severe when it is backed with exam's in a row..as i can't concentrate on what i revise. Then still, if i try to sort it out, it turns out i don't study because of so carried away, thinking and dwelling with that problem.

Entahlah, nak cerita pada orang=MALAS.
Nak menangis sebab rasa macam perlu=NOT HELPING
fikirkan pasal masalah itu jadi=TENSION

Jadi, betullah kata-kata Arif Hakimi, buat sesuatu yang u can get away with it, mesti akan lupa perkara tersebut. Terus, saya ikut benda ni. Keberkesanannya, nanti akan diceritakan sebab ini peringkat permulaan. Eh, tadi tengok movie ngan Yatt, Mun ngan Mohd Nural...ok itulah satu permulaan yang baik, sibukkan diri dengan menonton movie dengan kawan.

My problem is the complicated one but not necessarily involving you. Bila saya ada masalah, saya perlukan masa untuk berfikir sejenak dan terdiam. Bila keadaan ini berlaku, janganlah nak suruh saya buat itu, ini, jadi macam itu, jadi macam ini, pergi sana,pergi sana. Biarlah saya sendiri berusaha to overcome it...GITULAH!

p/s: dalam beberapa jam nak gi bersarapan kat SMC...so jangan tido untuk subuh and ke sana!

Wednesday, April 21, 2010

LAPORAN SEHARI BUDAK COMOT!

pada 21 April 2010, saya telah pergi ke Mid-Valley MegaMall.

semasa menunggu tren sampai, terserempak dengan Nadhirah Nai'emah Sa'dullah dan Nurul Farahana Mohd Aini a.k.a Offee serta seorang lagi kawan mereka.Borak-borak sakan dan mereka juga mahu ke ** untuk menhilangkan tekanan.

Saya sampai tepat di stesen komuter Mid Valley pada pukul 1207 tgah hari.

Setelah sampai, saya bergerak ke satu kedai yang saya sudah lama mahu membeli seluar di sana. Alamak! harganya RM 159.00, tak jadi lah beli. Tapi, hati kembali girang apabila 'promoter' butik tersebut terus berkata, "Ada SALE!, 80% cut Off price!".
Lantas saya terus mengambil seluar tersebut dan mencuba seluar itu. L. Besarnya. Lupa pula, gemuk, berat badan da naik, ada hati nak ambil saiz M. Setelah berpuas hati terus ke kaunter pembayaran untuk membuat pembayaran. Hati bertambahlah gembira apabila harga yang dikenakan jauh lagi murah berbanding harga asal selepas potongan 80% tersebut. 'HUHUW'...tersenyum puas!

Seterusnya, perut rasa tersangatlah lapar. Terus menuju ke McD untuk membaham 'Quarter Pounder' dengan 'Sundae Ice-Cream'. Mana tak gemuk, makan tak 'hengat' dunia. Sebelum ke McD, singgah MPH untuk membeli majalah GLAM. Majalah GLAM LELAKI da ada dalam simpanan. Bagi mengisi masa lapang, belilah GLAM dengan cover girl 'KAVITA SIDHU'. Sebab beli cover majalah ni cantik sangat. Nak FRAME kan nanti gantung kat bilik!
Sambil makan McD, sambil membelek majalah tersebut.

Selepas itu, saya bergegas ke G2000, PDI, SEED, TOPMAN,PHILOSOPHY, GIORDANO, dll. Hal ini kerana saya mahu mencari baju tema 'Merah' yang sesuai untuk persandingan sepupu saya yang bertemakan merah. Namun, saya tidak menjumpai satu pun yang sesuai.

Kekecewaan saya pula terubat apabila membeli benda lain. Benda tersebut adalah Spek Mata Hitam ala-ala 'wayfearer' RAY-BAN tapi bukan jenama sebenar. Sangat suka dan gembira, terus ke ST CINNAMON untuk membeli sedikit roti-rotinya untuk dibuat bkalan pulang.

Secara kesimpulannya, walaupun berbelanja keseorangan, saya tetap gembira dan rasa bebas ketika 'bershopping'

p/s:RAKAN 1: " MotiFFFFFFFFFFF!..ko nak buat cerita ala-ala laporan budak sekolahnya format!"
BUDAK COMOT: "eh sukatila..kang ko baca siap ko!"
RAKAN 1: "hehehehehehhhhh....."

Tuesday, April 20, 2010

gulai ayam+itik madu+kuihtalamsuji

hmmmmm.....
aku tidak pernah cakap 'saya ni perfect..bajet bagus' sampai 'korang kene ikut apa yang aku cakap!'

kalau tak suka....
cakap!
atau

buat macam ada seorang mamat yg dulunya aku baik gila, tapi sekarang...
dia buat macam tak kenal aku langsung...tu buat...(aku mengaku aku bersalah ngan dia!)

tak suka...cakap la kat depan-depan,
pernah pulak aku cakap kat korang...'awak tidak ada hak untuk cakap macam tu kat saya'...
bila siap kali korang kutuk-kutuk aku...

ada berani???:
'sila cakap depan-depan'

kalau takut:
'cakap dalam kelambu sudah'

p/s: betul cakap mak ngan abah bila aku umur tujuh tahun dlu...tak semua bunga yang cantik itu wangi...tak semua gula-gula itu manis...tak semua org boleh dipercayai...luar nampak macam pari-pari syurga-cakap seolah-olah tidak ada apa yang berlaku, dalam...macam......(sukar nak digambarkan)...

p/s: 'buzz' aku dlu cakap.....******...skang aiihhh...macam lain jer waktu dia buzz aku dlu kat ym arituh....'baik-baik belaka'+'bahagia'

p/s: 'never say never'....

Sunday, April 18, 2010

beraninya kau...

aku mengaku aku ni suka carik pasal ngan orang, tapi aku tak suka bila ada orang yang buat-buat suci depan orang lain padahal suka carik pasal ngan orang lain...mulut mengalahkan bidadari syurga bila berdepan dengan orang lain, tapi bila tak berdepan...mak aaiiihhh pijak gajah pun tak mati...cakap macam seolah-olah dia lah nabi yang maksum yang apa yang dia cakap semuanya betul, tak kan berdosa kalau dia cakap apa2 pun...tak kesah la dia cakap kat mana-mana pon..atas kertas, atas batu..atas skrin ke...

aku mengaku aku suka carik pasal ngan orang, tapi aku tak de terhegeh-hegeh carik pasal ngan orang yang cakap macam-macam pasal aku, kononnya aku buat salah, hey..come on, aku dok diam2 ko kacau aku, pastu bila aku melenting ko kata aku 'orang jahat'....siapa kau nak tentukan aku jahat atau baik...kau belum tentu baik..kita sama-sama jahat so..beringatlah...


aku mengaku aku suka carik pasal ngan orang, tapi aku paling menyampah bila aku tak carik pasal dengan orang yang aku nak tu nyebok2 ngan orang yang aku nak sangat carik pasal...hmmmm tahlah...

aku mengaku aku suka carik pasal ngan orang, tapi aku carik pasal memang aku nak carik pasal..aku carik pasal dengan tiada unsur-unsur pengaruh pihak tidak berpatutan kat sini...da aku mengaku aku suka carik pasal...so be it la...tiada siapa pun jadi 'firestone' (kalau kau faham bahsa inggeris: kalau tak 'direct translation' nya adalah 'batu api') untuk aku carik pasal...

aku mengaku aku suka carik pasal, tapi kekadang tu, orang yang aku suka carik pasal tu kawan baik aku sendiri, so..tiada istilah 'kawan baik tak patut kene marah atau tak patut kene maki' sebab aku carik pasal bersebab...walaupun aku ni kuat mengumpat, berseluar skinny dan berparas laku buruk aku tetap nak bawak dalil ni...

'Surah Al- Imran: 118-119'Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.

Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): “Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.

aku mengaku aku suka carik pasal, tapi aku mengaku, ko buat statement itu ini konon kau tak carik pasal ngan orang lain...bukankah statement2 kau itu cukup menunjukkan kau suka carik... pasal...

p/s: tengah sebok2 memikirkan baju apa yang hendak di pakai untuk persandingan Kak Anyah-Sepupu...sebok pulak tulis mende nih...arrghhh faham2 sudeyh kenapa!

Friday, April 16, 2010

cerminan: mansia yang itu dan engkau yang suci...

saya bukan seorang perawi hadis...
jauh sekali seorg pengumpul al-quran...

saya hanyalah seorang hamba Allah S.W.T,
yang tidak pernah mengaku saya sempurna,

kerana saya mengaku,
2 kalimah syahadah yang terungkap,
kesaksian bahawa kesempurnaan adalah milik Allah S.W.T.

namun,
ada manusia,
yang mengaku mereke sempurna,
sampaikan,
mereka dengan senang hati tidak mahu mengaku kekhilafan mereka,

mengapakah,
bila berlaku sesuatu,
manusia tercengang-tercengang,
mengaduh domba ke sana-sini,
mengusung kisah ke hulu ke hilir,
menulis berita dalam 'buku digital',
menyatakan...
'manusia yang itu sudah melampau...manusia yang itu terlalu keji'
'manusia yang itu harus binasa...manusia yang itu jijik'
'manusia yang itu celaka...manusia yang itu bagai hantu'
'manusia itu 'membuang' ku...'

terdiam sejenak,
aku tidak mengerti,
apakah 'manusia yang itu' yang kau maksudkan...menistai dirimu...
bukan kah kau dulu yang mengaduh domba, mengusung kisah...dan menulis berita!,

wah!,
kau membuat kan kau,
disaksi suci oleh dunia,

namun,
kau 'dibuang' oleh manusia yang itu,

malah,
kau pula yang mahu marah2...dengan mengaduh domba, mengusung kisah, menulis berita,
seolah-olah kau tidak sepatutnya 'dibuang' sebegitu sahaja...

sedarlah,
sandiwara kau itu sudah basi,
jangan kau biasa menjadi hipokrit,
dengan wajahmu yang dibuat-buat suci,
secara tersiratnya,
muka mu penuh dengan daging-daging hitam,
yang kau sendiri jadikan.

sedarkah kau,
kau tidak akan selamat...
tidak mungkin hari ini...tapi mungkin esok lusa...

kerana,
Allah S.W.T melarang keras,
umat nya dalam
Surah Al-MAidah Ayat-2,
'dan janganlah kamu tolong-menolong dalam melakukan perkara-perkara dosa dan pelanggaran'

kebencian 'manusia yang itu' kepada mu kerana hiprokisi-mu,
menempatkan kau dalam keadaan,
di mana kau cuba berbuat sesuatu,
agar kau sentiasa dihulur simpati,
dikasihani, diberi pertolongan...

sedarlah, manusia yang itu sudah bosan...
bosan dengan lakonan mu,

berharaplah...kau akan selamat buat selama-lamanya,
kerana...
kata-kata nista kau di 'buku digital' itu,
merupakan cerminan diri kau yang sebenar,
dan pasti terbalas kerana sudah ku bicarakan sebentar tadi

'kesempurnaan milik Allah S.W.T'
maka balasan yang kan kau terima akan lebih 'sempurna'
sesempurna kau..yang berani mengutuk2 manusia yang itu...!'

p/s: sajak ini dibuat dan ditujukan kepada seseorg...dengan ucapan..'sedap makan kuih talam gred a nih!'

Tuesday, April 13, 2010

cold!

it was raining cats and dogs.

4:20, the rain had stopped. it is a sign for me to continue my reading for next paper (Undang-undang keluarga islam).

life's getting tougher as you grow older. obstacles ensued asking you to get through it. right now, a lot of things started to come across troubling my mind. Headache!. what remedy is the best to cast you away as panadol wouldn't be that such a good healer to ease the tension.

take a deep breath....breath in..breath out. next turn on the radio on the internet. songs were........., turn on 'youtube', plays 'it must have been love', 'when i see you smile', 'alone', 'don't stop believing'....'bohemian rhapsody'. all the soft rocks and definitely change the mood as i sing to it.

life is tough. who said it is easy as A...B..C!. but be sure that you get through to it. if you don't, life is meaningless.

Monday, April 12, 2010

panas!

badan sakit-sakit, sengal sana-sengal sini. selongkar losyen berangin, urut perlahan-lahan pada kaki sampai meresap ke bahagian yang sakit. 'berangin'.

esok 8:30 pagi 'Ekologi Global dan Pembangunan Lestari' di Dectar. Jam sekarang menunujukkan pukul 1.41 minit pagi. hanya tinggal 4 bab sahaja yang belum dibaca. 'Lepas ni la', update blog dulu.

bilik sangat bersepah. tak macam first year dulu, rajin mengemas. mungkin sebabnya, dulu sibuk, bab-bab kemas mengemas ni tak jadi suatu prioriti. sekarang tak lagi. hujung minggu ni, nak bawa pulang benda-benda yang tak pakai dan buang mana-mana yang patut.

fail-fail dan barang-barang jaksa akan dipulangkan kepada Yati.

sengal-sengal di kaki makin lama makin menyurut...alhamdulillah.
pembacaan diteruskan, dengan harapan...'boleh jawab dengan tenang dan tenteram esok'.

p/s: jiwa kosong...hati batu...lidah kelu...buntu..memikirkan masa depan sampai benak jadi kusut..gitu ka...

Friday, April 9, 2010

the road that i am heading to....


it's time to walk away to where am i going to...
n i shouldn't ever look back!

My Moments in Time-JAKSA-4





My Moments in Time-JAKSA-3





My Moments in Time-JAKSA-2





My Moments in Time-JAKSA-1





kemurungan

sangat depress..
tade mood nak studi...
teringat akan sesuatu...

bak kata Za'ba...'perangai bergantung kepada diri sendiri'
begitulah...
cuai..
sampai 'mood' boleh jadi hilang,

sampai,
dunia sekeliling berpaling muka,
melihat 'sikap' yang acuh tak acuh yg terpampang,

sudah-sudahlah,
walau apa pun terjadi,
studi la...
peperiksaan menjelang tiba....

Wednesday, April 7, 2010

awak bercakap dengan saya ke???

saya bercakap sesuatu,
tapi, bukan kepada awak,
jadi,
mengapa awak perlu sibuk!

saya menulis sesuatu,
tapi, bukan untuk awak,
jadi,
mengapa awak mahu baca!

saya memandang sesuatu,
tapi, saya bukan memandang awak,
jadi,
mengapa awak tersipu-sipu malu!

saya terfikir sesuatu,
tapi, saya tidak memikirkan awak,
jadi,
mengapa awak mendambakan saya!

saya ketawakan sesuatu,
tapi saya tertawa sebab,
awak mencuit hati saya,
mengapa awak marah bila saya tertawakan awak,
sebab kali ini,
saya bermaksud yang saya rasa sesuatu terhadap diri awak!

p/s: dapat idea ni...masa tengah naik tren...

Tuesday, April 6, 2010

MOON RIVER!


Moon River, wider than a mile,
I'm crossing you in style some day.

Oh, dream maker, you heart breaker,
wherever you're going I'm going your way.

Two drifters off to see the world.
There's such a lot of world to see.

We're after the same rainbow's end--
waiting 'round the bend,
my huckleberry friend,
Moon River and me.

taken from the movie...'Breakfast at Tiffany's' one of my favourite film ever...

awak pernah rasa tak awak ambil semua benda dan awak rasa awak tak bagus kat mana2part pon!

i'm faiz zahadi,
i'm budak comot.

i love to be everything.
i love to venture in everything.
i love to involve in anything.
i love to be apart of something big.

i was given the tasks i barely know how to do it,
it's ok,
i did give it a try,
at least,
i get there.

i want to be everything that i wanted to be,
i know a lot,

but,
i finally realize that,
that is not me,
i can't be everything,
i can't cope to do it all,
i can't commit with two things at one times,
i can be a student,
but can i be others on the same time.

i'm faiz zahadi,
i'm budak comot.

always believe in myself.
as who would believe in you!

p/s: 'wherever you're going...i'm going your way!

romantisisme jogging


jam menunjukkan pkul 6:05 petang.

sudah tiba masanya untuk aku bergegas ke tasik kejuruteraan untuk berjogging. hari panas. pancaran matahari menyilaukan mata. mataku tertancap, memejamkan mata.

sudah berbulan-bulan tidak turun berjogging. biarpun keseorangan, HP Nokia Xpress Music 5320 menjadi peneman dengan lagu-lagu seleksi sendiri. Bernyanyi sambil berjalan menuju ke destinasi yang dituju.

sampai sahaja di sana, matahari makin bengis menunjukkan kuasanya. Panas!. tidak mengapa ku teruskan jua. Mula lah, berlari sambil bernyanyi dan menikmati kecantikan alam ciptaan Illahi.

aku terperasan sesuatu!

'holly goodness, construction of the fuu site...obstructs my way to the other end', detak hatiku.

rasa girang bertukar. kecewa mengambil tempat dalam hati sambil berdecik dalam hati:

'cis, pembangunan yang UKM mahukan, sampai aku nak jogging pun terhalang....hmmm..tidak mengapalah, patah balik dan pergi hujung sana...'

kaki berpatah balik menukar arah laluan.

semasa menukar itu, aku tergamam.

seseorang yang sudah lama dikenali tetapi tidak pernah ku tahu namanya, usal sekali bertegur sapa, berselisih denganku. dia tidak bercakap apa-apa sekali lagi tetapi gerak tubuh dan lirikan matanya sambil berlalu pergi kepadaku cukup menyatakan bahawa dia kenal dan mahu bersapa dengan ku.

kenapa, sekali lagi perkara ini berlaku? kalau mahu tegur silakan. tapi siapa sepatutnya yang harus menegur dahulu, dia atau aku???

persoalan itu ku biarkan mundar mandir di pelosok otak ku. kerana, aku tahu-persoalan itu tidak akan terjawab. aku ketawa kecil. ingin sekali aku bersua dengannya.

selepas aku berlalu pulang ke za'ba, aku asyik terfikirkan insiden tadi. aku akan biarkan kejadian ini perkara yang tak akan aku lupakan sepanjang sesi ini. Romantis bukan!

p/s: reconsidering kak umi's idea to jog from kiy to za'ba..all the way down!

p/s: saja nak berkarya...'sastera citra budaya'

p/s: kalau korg rasa lain dari romantis, horror ke, thriller ke, fantasy ke, humour ke...silakan...we live in a free country where we are free to express our ideas!

Monday, April 5, 2010

percaturan!

percaturan...
kita tidak akan tahu...
apa akan jadi keesokan hari...
kerana,
kita sentiasa berharap...
hari esok,
menjanjikan sesuatu yang lebih baik...

percaturan...
maka,
kita tidak berbuat apa-apa,
duduk,
tidur,
bangun,
makan,
berjalan,
dengan harapan menggunung,
tiada apa yang perlu diharap,
kerana hari yang mendatang...
bukan hari buat kita....

percaturan...
tapi,
ingatlah...
percaturan yang maha esa jalinkan,
adakah kita tahu?
kalau tidak tahu...
mengapa berpeluk tubuh sahaja...

percaturan...
kita tidak mahu,
akan datang,
orang lain yang...merana,
kerana perbuatan kita,
yang kononnya,
kitalah yang membuat percaturan...
apa,
bisakah kita memutar masa,
agar semuanya kembali,
seperti sedia kala???

percaturan,
menyaksikan,
kita tertawa,
dengan kawan-kawan,
yang konon mengaduh janji,
yang semuanya akan selamat,
tanpa perlu rasa takut...

ingatlah...

percaturan,
yang maha kuasa,
tidak semua yang kita senangkan,
akan kita senangi,
kawan-kawan itu...
membantukah kita kemudian nanti...

percaturan,
akan menyebabkan kita rebah,
tersungkur pada bayang-bayang sendiri,
barulah kita sedar,
percaturan tetap percaturan,
selama ini aku tidak pernah risau dan takut,
akhirnya aku jadi bacul dan pengecut!

p/s; sajak ini untuk seseorang...memang buat khas dan menggambarkan diri dia yang tak pernah sedar diri...

sajak ni tak perfek...tapi bak kata Supermodel Iman-"Imperfection!, that's make us beautiful"

Saturday, April 3, 2010

beberapa pengajaran yang saya dapat troughout this term!

1. kalau tak nak...cakap tak nak

2. sentiasa gunakan masa terluang yang ada...tak kira la tunggu bas ke...apa ke...sebab kita tak akan tau adakah kita akan sempat untuk belajar nanti

3. jgan studi last2 minit

4. orang yang baik dengan kita tak semestinya baik rupanya...sentiasa berjaga-jaga

5. kuat tidur...berat badan jadi 'meriah'

6. selalu tak datang kelas...hebat sangatkah kau

7. berjimat cermat la...kan da bnyak utang..bila tak cukup duit..gi kutip utang-utang kat orang...sampai jadi isu padahal nak kutip hak kita ja....

8. 'main selamat'...baru paham

9. berjaga-jaga dengan orang talam dua muka...sakit hati kita gak nanti

10. ada orang yang suka 'hisap darah' orang lain..bukan vampire ke apa...tapi 'claim' itu keje dia...pastu berbangga..padahal orang di sini yang terhegeh-hegeh buat walaupun macam siput

11. cakap siang pandang-pandang..bila da kene...mula cari salah orang lain

12. lain kali jangan cerita semua benda kat orang...boleh percaya ka orang itu???

13. benda da ada depan mata tak nak hargai atau bertegursapa...da nak abis baru menyesal

14. di sebalik mekap yang tebal...tersembunyi kepura-puraan

15. 'takyah tolong...pernah ke dia tolong kita'...baru kau sentap!

16. 'rayuan'- jangan mudah termakan...makan keropok losong lagi sedap!

17. penat-jangan mengungkit-sebab ada orang lagi penat la....

18. 'imperfection'...saya tidak sempurna...'anda bercakap seolah-olah anda la terlalu sempurna mengalahkan tuhan!'

19. bnyak orang da tolong saya....terima kasih bnyak2 dan hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu balas budi korang...korang da best...p/s: mende ni bukan untuk orang2 yang tak tolong saya...termasuk yang nak dapat nama jerw!

20. tetapkan pendirian...dalam hati ada taman (bak kata nural)...kalau da takde hati...memang saya tak akan buat...n...hati saya menentukan keredhaan sesuatu sebab saya yang buat!...

21. ada individu-individu yang menjadi penyeri...penambah rasa dalam hidup saya yang kacau bilau...tanpa mereka saya macam orang gila (huhuhu)....

p/s: perkuatkan diri...bnyakkan berdoa padanya...EXAM is just around the corner!