Saturday, November 28, 2009

Melankoli AidilAdha.

'Post' ini adalah tulisan yang agak 'melankoli'



baca blog kawan-kawan, dia orang semua letak gambar sambut aidiladha dengan 'atuk', 'opah', 'nenek' dan sebagainya. cerita dia orang memang best. cerita gelagat nenek2 mereka menyambut adiladha, kelatah mereka bersama mereka di kampung, suasana di kampung dan sebagainya.



tiba-tiba, mula rasa sayu dengan diri sendiri. kampung tinggal kampung. kampung aku adalah KL ni...'layak ke aku konotasi kan KL sebagai 'KAMPUNG". dulu memang ada kampung, MELAKA, to be exact-'KG. GELAM, TANJUNG KLING, MELAKA". tapi sejak kedua-dua atuk dan nenek tak ada sejak bertahun-tahun lepas, memang tiada lagi istilah 'balik kampung'. belah abah, kat sini je, rumah nenek ambil masa dalam 10 minit sampai kalau berjalan kaki dari rumah.



ok, sekarang nak cerita atuk dan nenek belah abah.



atuk Malek, tak pernah berjumpa malah bertegur sapa pon. tak pernah kenal pun dia. dia pergi sebelum budak comot sempat dilahirkan. mengikut kata abah, mak ngah, mak long leha dan nenek, atuk orangnya tinggi, tegap dan bersuara garau. tapi entah la, 'description' macam mane sekalipun dia orang bagi, still tak dapat imagine him.



nenek Che Wah pergi masa budak comot form 4. dia meninggal sebab sakit tua. masa tu, i am the only one yang tak ada di sisi dia waktu dia meniggal, sebab duduk asrama. nenek ni suka memasak jugak. tapi nenek ni lain sikit 'peel dia. tapi tak mahu la cerita pasal orang yang dah pergi. tapi nenek ni memang kelakar. dia tak pernah baca mana-mana buku resipi tapi tau masak segala benda. tak pernah masak ikut sukatan ke, kiraan ke and so forth sebab dia buta huruf. tapi yang kagumnya dia boleh masak ikut sukatan 'agak-agak' dia je.

atuk sebelah mak, Md Seh, sempat kenal dia. Atuk ni garang. tapi dia pandai menjahit. mak belajar menjahit daripada dia. atuk Md Seh meninggal sebab sakit. pernah dulu kami satu keluarga berulang alik ke kampung, hantar atuk ke hospital.

nenek Lijah, sebelah mak paling best. dia pon garang jugak. tapi dia memang pandai serba serbi memasak makanan-makanan kampung. Kuih bakar dia paling sedap!. pernah waktu raya buat sama-sama dengan dia. selain itu, pernah kat kampung bakar lemang, buat kuih kapit, rendang and so forth. duduk dengan nenek kat kampung memang best. nenek ni memang banyak cerita dengan pengalaman, bila duduk dekat rumah, suka melayan dia. Nenek ni meninggal mengejut, pada mulanya ok, selepas dia mengadu sakit perut, keesokan harinya meninggal dunia di Hospital selepas satu malam di tahan di wad.

tapi tu semua tu dulu, sekarang mereka-mereka dah tak ada. Sangat rindu dengan hilai-tawa, senda-gurau, masa gembira dan duka dengan dia orang. pendek kata if i could turn back time, i wanted to turn back to old those days and cherishes the every moment spent with them, thus, get to know them.

sekarang ini, tinggal makcik-makcik belah abah je yang tinggal dekat rumah nenek yang 10 minit jalan kaki dari tu. tetapi, mereka juga sedang meniti usia tua mereka. setiap kali berjumpa mereka, seakan seperti, mereka semakin hari semakin nampak 'peningkatan umur' mereka. mereka tidak seperti dulu, kala mereka muda dan budak comot boleh bermanja-manja dengan mereka. sama juga dengan abah dengan emak, garis-garis tua sudah semakin kelihatan memberitahu bahawa umur mereka sudah lanjut.

walau apa pun yang berlaku, mak ngah, mak long leha, abah, mak tetap ada selain nenek dan atuk yang telah pergi meninggalkan budak comot. Aidiladha kali ini tetap meriah bak kata mak ngah-'Hari Raya Aidiladha ni, hari raya untuk keluarga', kami menyambutnya dengan meriah dalam kalangan keluarga. Off course, walau apa pun yang terjadi, budak comot still ada dia orang.

I Love You All So Much!

p/s: esok aku nak buat kek chocolate moist tu lagi, walaupun jadi, tapi aku still tak puas hati!

4 comments:

  1. huhu....

    atok aku belah abah pun xpernah jumpa sebab meninggal masa abah umur 7 tahun.. yang belah mak pulak masa aku tak sekolah lagi dah meninggal. huhu. teringat lagi camne dia terlantar kat rumah dulu. nenek2 aku pulak sekarang asek sakit2 ja. seram jugak...

    tapi tak apalah kan. asalkan ada keluarga sama-sama. Allah lebih menyayangi mereka. huhu..

    alfatihah buat semua...

    ReplyDelete
  2. jgn sedih2 lah
    adoi
    owh,nanti siap pos sikit kek coklat ko

    ReplyDelete