Monday, September 13, 2010

RAYA anekaragam...


raya is already in the 5th day....

tah.. memang rase macam budak2...giler exited sebab nak beraya sakan!

now, without further due, i would like to share what are the most significance things ever happened during these 5 days,

1-kali ini, baju raya sekeluarga ialah hijau, maka keluarga Encik Zahadi menyarungkan persalinan warna-warna senada seperti, hijau keemasan(Encik Zahadi), hijau+bunga merah (Pn. Kamisah), Hijau Kekuningan (Rynie Zahadi), Hijau Daun Muda (Fariza Zahadi serta aku!), Hijau Pucuk Pisang (Azwan Zahadi), dan Hijau Tua (Elly Arafat Zahadi).

2-tahun ini memang sakan memasak. kalau dulu hanya masak kuah kacang ngan rebus nasi impit selain biskut raya n rendang tumpang yang dimasak oleh Mak Ngah. Tahun ni, Fariza Zahadi dibantu oleh Faiz Zahadi (aku) dan Azwan Zahadi telah memasak rendang ayam dan rendan daging serentak tetapi berasingan, ditambah dengan kuah kacang yang selalu dibuat. Dikawal selia oleh Pn. Kamisah dan En. Zahadi, mereka ala-ala 'supervisor' bagai.

3-hari berikutnya, Rynie Zahadi telah dengan gumbiranya memasak nasi lemak dengan sambal tumis En. Zahadi serta 'main course' pada hari raya kedua tersebut adalah 'rendang kerang!'...slurrrpppp.....

4-memang rumah ni, takkan menang tangan melayan sedara mara-sepupu papat-budak-budak yang datang beraya. tiap2 tahun memang aku yg kene layan. tapi memang best bila kenakan budak2 nakal yang beraya, bila nak balik aku cakap 'duit raya tade, so boleh balik'....bila dia org sarung selipar bagai dan dah nak blah aku pekik...'duit raya ada...sapa cepat dia dapat(sambil mengeluarkan semua angpau raya dari poket baju melayu)'...budak2 tu terus bertempiaran lari dtang kat aku...

5-tiap2 tahun aku memang menunggu seorang budak laki ni dengan kakaknya untuk datang beraya, tahun ni, budak tu datang tapi dia dah besar, and kakak dia apatah lagi, so kakak dia tak ikut dia beraya, cuma dia bawak sedara dia yang lain datang beraya...macam aku melihat tumbesaran mereka sebab dari dulu sampai sekarang, memang dia orang akan raya rumah aku..huhuw..

6-yang ni memang aku ralat sangat, memandangkan semua orang berkembang mengikut perkembangan teknologi seperti facebook dan internet, maka, ramailah sepupu-sedara-mara-makcik2 dan pakcik2 jauh dan dekat, datang beraya sambil menumpat bagai pasal aku, rupanya dok tanya pasal aku sebab dia orang 'stalk' profile fb aku and 'blog'aku...antara 'statement' yang dibuat!

-'faiz tu datang ukm dok melaram ka, dok mengaji'
-'tgok dalam fb bergaya, ramai kawan perempuan, bila nak kahwin!'
-'tengok upload gamba kek-kek yang kau buat, ingat pak ngah kau bukak bakeri'
-'tengok dalam gamba tu banyak bawak beg lawa2...beg ko ke?...mana ko dapat?'
-'selalu nampak pergi berjalan jer???...sibuk sangat ke???'

itulah antara statement dan pertanyaan mereka serta sebenarnya bnyak lagi.

7-sementara menunggu orang datang sambil melayan budak2, memang aku menhabiskan masa dengan tengok cerita-cerita raya kat tv.

8-lagu tema raya untuk aku sekeluarga tahun ini-'Bila Takbir Bergema-P. Ramlee'

9-beraya kat rumah orang ngan dok umah beraya-melaram, keje asyik makan dan melantak..perut makin membesar!

10-mood raya hilang sebab teringat dengan assignment yang dok panggil2 untuk disiapkan...'PONING KEPALO DEN!'

p/s: tak sempat nak amik gamba...nanti gamba yang ada bakal di'upload'..heheheh...

5 comments:

  1. baca benda ni teringat cousin aku kena sakat sebab dia upload video dia menyanyi kat facebook. tapi suara dia memang sedap. hehe

    ReplyDelete
  2. yeke....
    mana video tuh..bole aku denga gak!

    ReplyDelete
  3. haha faiz tapi aku suka facebook sebab ianya medium terbaik untuk aku yang dulu tak rapat dengan cousin hihi.tp yang ironinya diaorang siap cakap 'tak sangka lak kau ni kelakar orangnya' based on fb punya benda benda. apa ke aku buat tarian badut ke apa kat fb selama ni?dan sekarang aku da baek dengan cousin boleh gossip best sangat!dgn kawan kawan lama tak jmpa pon tak kekok sebab da kawan dekat fb!haha apasal aku mcm buat karangan advantages of facebook ni?hihi selamat hari raya faiz!

    ReplyDelete
  4. gila panjang entri lu.. rajin ko tulis panjang2

    ReplyDelete
  5. ira: hahahaha...terima kasih dengan karangan anda..

    hamzah: haah...kalau tulis panjang2 sebab ada idea bnyak sket...eyh? sapakah ko??? terima kasih kerana membaca entri gua!

    ReplyDelete