Thursday, February 5, 2009

hello..nape nak suka jaga tepi kain orang?

assalamualikum wbt.

bila melihat kepada heading post ini, mesti y'all tertanya kenapa tajuk sedemikian rupa dijadikan bhan penulisan kali ini.

this is regarding to a problem a very good friend of mine faced in "having relationship with someone".hal ini kerana, orang kita suka menyibuk tepi kain orang seolah-olah, mereka takde tepi kain sendiri untuk dijaga...ialah..perumpamaannya...sampai saiz seluar dalam kita pun dia nak tahu saiz berapa..hehehe..ini sekadar perumpamaan.

dalam konteks ini, saya mula2 ingin membuat satu garisan pemisah antara mengambil tahu/mengambil berat terhadap orang lain dan menjaga tepi kain orang lain(i.e tahap over dan sangat kronik). kalau orang suka mengambil berat, soalan yang sering diaju menggunapakai approach yang sangat subtle...seperti kalau muka saya monyok pada satu hari kerana demam orang lain akan mula tanya kenapa monyok dan kalau demam, "jangan lupa ambil ubat", "da makan ubat ke", atau "get well soon". perkara in merupakan contoh terbaik cara seseorang mengambil berat terhadap orang lain.

tetapi yang tak best nye, muncul satu lagi syndrom di mana suka bertanya soalan yang terlalu peribadi sehingga menyebabkan orang itu atau secara tepat saya istilah kan sebagai mangsa menjadi tidak selesa dan mula merasakan "apa yang aku da buat", "apa salah aku", dan dalam konteks masalah kawan saya, "salahkah aku menyintai seseorang itu".

kalau kita kaji, syndrome ini sebenarnya yang menyebabkan sesuatu perhubungan itu runtuh dan goyah. tetapi yang paling menyedihkan, orang2 ini juga yang melabel mangsa tadi berlaku curang, mempermainkan orang dan sebagainya. Mengapa ini berlaku yea? tepuk dada tanya la selera...iman...dan hati.

seterusnya, saya nasihatkan kepada kawan saya, bersabar banyak2...kuatkan hati dan banyakkan berdoa kepada Allah supaya terhindar dari fitnah dan dugaan yang tidak tertanggung. anda mesti ingat, ramai yang menyokong apa yang anda buat.

kepada yang suka jaga tepi kain orang tuh..henti2 kan la....

saya harap penulisan ini tidak menyakiti hati sesiapa...kalau ya...beritahu saya verbally atau pos kan komen anda..

saya suka akan kritikan anda!

tq..

p/s:nak bersiap pegi sembahyang jumaat..huhu...

p/s: ina! bila nak buat blog???? cik fatin tu da ada...well establish lagi blog dia....huhu..hidup 3F+1F

2 comments:

  1. haha, bunuh je laa org suke nyibuk hal org niey..pastuh lagi bengang bile suke wat2 cerita, n sebar2kan fitnah...

    ReplyDelete