Friday, August 19, 2011

19th Ramadhan: I Just Can't Believe It!

kan, betul tak, sekarang dah 19 hari berpuasa.

Syok tengok kawan-kawan sebok buat macam-macam especially 'biskut raya'. Dia orang memang awesome!!!

Btw, tinggal lagi seminggu jer ber 'attachment'. Lepas ni Raya, and masuk sem balik, which is 'errrmmmmmmmmm.......'

Puasa ni bukan bertambah kurus, bertambah gemuk lagi ada. Maka, terpaksa la berdiet masuk sem. (GITU!)

Di celah-celah makmum bersolat jumaat, aku sorang je yang pakai baju melayu soft pink dengan sampin warna ungu gelap, dengan bersongkok, yang aku rasa pakcik belakang aku cakap 'budak ni salah tengok kalendar ke??'

Tapi yang best, banyak pakcik-pakcik bersalaman dengan aku, tak seperti hari-hari jumaat sebelumnya sebab tgok attire aku hari ni. (Aku bajet aku paling bergaya la konon... 'koya' bak kata 'Oghe Kelate')

Ok la. Selamat Menjalani Ibadah Puasa yang tinggal beberapa hari ni je lagi ni.

p/s: sedap la Sarang Semut yang Fatin Faseeha Azmi buat!!!

1 comment: