Kegemaran mendengar dan menghayati lagu-lagu lama menyebabkan lagu ini yang didendangkan oleh Nordin Ahmad dan Latifah Omar dalam filem 1966 bertajuk yang sama, menyebabkan saya terpanggil untuk menulis post untuk blog yang sudah lama saya tinggalkan ini.
lagu ini, memiliki maksud yang mendalam kepada diri apabila lagu ini seperti menyuarakan hasrat hati seorang kekasih kepada kekasihnya mengenai perhubungan, yang selalu ada halangan. namun suara si kekasih yang menyampaikan hasratnya menyatakan bahawa mereka tidak perlu risau, perkara tersebut hanyalah sebagai cabaran yang harus ditempuhi, hidup harus diteruskan walaupun mereka mungkin akan berpisah atau tidak mungkin berjumpa lagi.
walaubagaimanapun. qadha' dan qadar di tangan Allah, mereka pasti dipertemukan walau apa pun yang terjadi, seperti yang terpancar dalam rangkap ketiga lagu ini.
seterusnya, mereka tidak takut akan perpisahan yang disebabkan kematian. mereka akur bahawa itu adalah ketentuan yang masa Esa dan tidak seharusnya ditentang. Seperti dalam rangkap terakhir, cinta mereka akan kekal sehingga sanggup menanti di pintu syurga.
begitulah, laras bahasa dan keagungan citra budaya warisan yang terdapat dalam lagu ini. Di sini disertakan lirik lagu dan video lagu ini. Selamat 'menyelam ke dasar lautan...'.
"Tuai Padi Antara Masak,
Esok Jangan Layu-Layuan,
Intai Kami Antara Nampak,
Esok Jangan Rindu-Rinduan."
"Anak Cina Pasang Lukah,
Lukah Di Pasang Tanjung Jati,
Lukah Di Pasang Tanjung Jati,
Di Dalam Hati Tidak Ku Lupa,
Sebagai Rambut Bersimpul Mati."
"Batang Selasih Permainan Budak,
Daun Selasih Dimakan Kuda,
Bercerai Kasih Bertalak Tidak,
Seribu Tahun Kembali Juga."
"Burung Merpati Terbang Seribu,
Hinggap Seekor di Tengah Laman,
Hendak Mati di Hujung Kuku,
Hendak Berkubur di Tapak Tangan."
"Kalau Tuan Mudik ke Hulu,
Carikan Saya Bunga Kemboja,
Kalau Tuan Mati Dahulu,
Nantikan Saya di Pintu Syurga."
p/s: teringat+sedih!
video ada problem...so tak leh upload la plak...
ReplyDelete