esok meupakan 16 Mei 2010.
esok adalah hari guru yang meraikan guru-guru di Malaysia yang sudah bayak menabur bakti dan jasa kepada semua anak muridnya.
sebenarnya, tujuan menulis kali ini nak mengimbau kenangan-kenangan lama bersama guru-guru yang aku kira, we've had once created and made the memories.
kali ini nak cerita guru-guru di sekolah rendah.
pertama, ada la seorang cikgu ni, dia adalah guru kelas aku untuk tahun 1 Putih, (kelas first y'all). Nama dia cikgu Umi Kalsom. Kalau nak tahu, dia cikgu paling garang dalam kalangan kelas2 pelajar tahun 1. hari kedua masuk kelas, dia terus decide nak jadikan siapa ketua kelas. waktu tu da la 'budak-budak hingusan' lagi, memang aku tak berminat nak jadi 'ketua kelas' pon, yang aku tau aku pergi sekolah-balik-pergi makan ais krim ngan abah atau pekena cendol dulu atau gi merende'(atau bersiar-siar) ngan kakak2 kat shopping complex.
entah datang daripada mana dia dapat idea ni, dia terus cakap 'faiz: saya rasa awak paling sesuai jadi ketua kelas, awak jadi yea', dengan nada dia yang garang dan menderau. aku terpinga-pinga terkejut bila murid2 kelas 1 Putih tu terus setuju. Btw, dia org bukan kenal aku, 'apa hal nak setuju2 lak aku jadi ketua'. selepas itu, aku terus memulakan kerja apabila dia menerangkan pasal duty roster, kutip buku dan anta buku latihan atas meja dia-ikut dia ke meja dia di bilik guru. apa-apa pun, walaupun budak2 lain rasa dia sangat garang, aku rasa aku suka dia garang, sebab dia memang sangat baik ngan aku, setiap kali dalam kelas dia selalu puji aku suruh murid2 lain contohi aku bila marah2 kelas. apa2 hal, dia mesti refer aku....cewaaahhhh...sekarang memang aku tak jumpa dia lagi...
apa-apa pon, 'SAYA STILL INGAT CIKGU AND I LOVE YOU!'
kedua, naik tahun dua, ada seorang cikgu baru, nama dia cikgu kamis md noor. sekali lagi aku dapat cikgu lelaki dan garang. hari pertama lagi da gopoh2 nak pilih ketua kelas. dia pulak baik dengan cikgu umi kalsom tadi. cikgu umi kalsom suggest aku jadi ketua, dia terus setuju. dia ajar matematik, aku pulak tak pandai matematik-selalu meniru dalam ujian. dia tahu aku meniru, tapi dia tak pernah garang-garang ngan aku berbanding dengan budak lain.
rupa-rupanya, cikgu kamis itu adalah kawan kepada pakcik dan ayah aku. ya allah! nenek dan atuk aku adalah kawan baik parents dia. tapi dia memang baik, suka buat lawak tapi garang. dia jadi guru kelas aku daripada tahun 2 sampai tahun 4. kalau nak tahu, sepanjang-panjang dia jadi guru kelas itu, selama itulah aku menjadi ketua kelas. dia tak percayakan orang lain dia pernah cakap kat aku.
kalau nak tahu, cikgu ni la yang ajar aku erti disiplin dan tanggungjawab. ada sekali terhilangkan slip mc budak kelas aku dalam duty roster, tercicir dalam perjalanan ke office untuk antar mende tu. dia suruh aku carik and aku nangis2 la sebab da hilankan. macam biasa, cikgu umi kalsom gak tolong bila dia tgok aku terpinga-pinga carik mende hilang and dia yang tolong cakapkan kat cikgu kamis. cikgu kamis bila didatangi cikgu umi kalsom terus buat muka innocent kata 'da jumpa semua mc slip tu, dia tercicir depan kelas, saja nak tengok dia macam mana...'. cikgu umi kalsom terus senyum sambil tepuk bahu aku.
ketiga, teringat kat cikgu wan haniza wan johan, guru bahasa inggeris aku tahun dua. dia tu comel, kecik, kelakar and aku rasa dia cikgu bahasa inggeris paling best waktu tu. dia suka bergaya, selalu ushar2 pakaian dia setiap hari datang sekolah (sebab sejak tu da mula fikir2 gaya la, baju cantik la, penampilan la). dia tak pernah fail pakai baju cantik2 and bergaya datang sekolah.
kalau dalam test atau exam, aku selalu dapat 100% untuk bahasa inggeris(alah waktu tu suruh warnakan gamba yang betul, isi tempat kosong, betulkan ejaan, etc, takde la suruh letak kes ke, cari punca kuasa 2 ke, persamaan kuadratik ke, gaya bahasa dalam sajak tu ke...bla...bla...). hehe cikgu ni kalau da marah tu marah, aku lak banyak loyar buruk ngan dia and dia pun sama suka loyar buruk ngan aku
da la, ini adalah antara cikgu yang paling aku suka sewaktu sekolah rendah dulu. ada lagi cikgu2 lain tapi ini 'on top of the list'!
nanti2 cerita cikgu kat sekolah menengah plak!
p/s: cikgu-I LOVE Y'ALL